HNBK_twt

Sani Ahmad · @HNBK_twt

24th Oct 2017 from TwitLonger

KEPIMPINAN - KASSIM AHMAD


Dalam bukunya berjudul 'Esei-Esei Politik'(1998) oleh Fajar Bakti, Kassim Ahmad menyebut dalam bab 22 'Memilih Pemimpin' beliau menyebut,

"Pemimpin tidak boleh wujud tanpa rakyat, kerana rakyatlah yang meletakkan mereka di tempat pimpinan itu. Kuasa dalam masyarakat terletak pada rakyat, melalui Tuhan; oleh itu kuasa pimpinan itu tidak mutlak, tetapi bergantung kepada rakyat. Sebab itulah hubungan antara rakyat dan pimpinan itu timbal balik atau dua hala. Jika hubungan ini tidak dipedulikan, maka kacau-bilau akan berlaku dalam masyarakat."

Pemimpin sekarang hanya mahu kuasa dari rakyat tetapi setelah kuasa dan kedudukan diperolehi, rakyat dipersetankan dan dikhianati.

Reply · Report Post